Thursday 24 May 2012

Anemia T.T

Assallamualaikum Semua !!!

Its been a while aku x corat coret !! urgh, been bz with all the assignment , ppta n so on .

huhuh..hari ni tergerak nak update blog..ya, i've been missing all the kontroversi.huwaaa... hahaha... no la.. just wanna update skit. dah lame sangat x update .naik kulat dah blog aku.Okay, last 2 days, perut aku meragam n so on... N then semalam rase perut dah getting better . But however, shocking. when i wake up this morning. Jeng jeng jeng !!!
I walk melintasi meja n sudenly i called my roomates yang dah bangun sebab my leg x leh nak melangkah sudah n penglihatan aku agak kabur n aku terus jatuh secara terduduk . I tell u aaa...time tu my heart berdengup dengan dasyat nya.. n im sweeting but i cant really see what in front of me !! i can see my roomates walk infront of me but i see her walk secara senget. .. see, aku yang problem , not my roomate.. dia jalan betul.tp aku yang tidak sehat. she ask me to relax n tarik nafas perlahan2....

i kinda follow what she ask me to do n my breathing getting better ... n this morning aku punye la susah nak jalan dengan btul ke tandas n so on ... 

kelas retailing jam 8.30 aku x pegi la sebab mmg dah x de kudrat n so on... hurm , since yang bulan 3 tu dah dimasukkan ke dalam wad pon one of the cos sebab ade anemia.
so doc Aswad pon amek la darah aku .... cucuk lagi...hehehe...tp at the same spot .i ask him to cucuk me at the same spot. parut susah nak ilang ok.. N then i get 1 day MC.. huiyo... kalau still pening jugak esok.. KPJ, we c u again T.T 

btw , what is anemia ? n anemia ni bahaya x ? well.. cant deny Anemia ni lagi bahaya dari darah tinggi ..
Apakah Anaemia?
Ia adalah suatu keadaan dimana sel darah merah yang matang yang membawa oksigen ke seluruh tisu badan berkurangan. Fungsi ini dijalankan oleh protein yang dinamakan haemoglobin. Anaemia biasanya bermaksud haemoglobin yang tidak mencukupi. Paras Haemoglobin yang normal adalah diantara 11.5 hingga 16.5g/dL untuk perempuan dan 12.5 hingga 18.5g/dL untuk lelaki.


Sebab-sebab anaemia
  • Kehilangan darah (samada akut atau kronik).
  • Kehilangan darah yang akut boleh dilihat semasa kemalangan jalan raya atau selepas pembedahan. Kehilangan darah yang melebihi 500ml biasanya memerlukan gentian darah.
  • Kehilangan darah kronik biasanya berlaku semasa kedatangan haid yang berlebihan, infestasi cacing dan lain-lain keadaan.
  • Pembentukan sel darah merah yang tidak mencukupi dari tulang sum-sum.
Ini mungkin disebabkan oleh :
  • Kekurangan faktor penting seperti zat besi,, vitamin B12, folate dan erythropoietin.
  • Pembesaran yang mendadak bagi remaja, menyebabkan penambahan keperluan zat besi dimana ianya melebihi paras penyerapan zat besi.
  • Kitaran haid bagi wanita dengan kehilangan anggaran 30mg zat besi setiap bulan menyebabkan kekurangan zat besi.
  • Faktor Toksik : Penyakit Inflamasi, kegagalan hati dan ginjal, ubatan.
  • Kekurangan hormon : Paras hormon tiroid rendah.
  • Serangan tulang sum-sum : kanser darah, penyakit tulang sum-sum.
  • Gangguan pembentukan sel darah merah: keadaan seperti Talasemia.
  • Pemusnahan sel darah merah yang berlebihan.
  • Mungkin berlaku didalam beberapa jangkitan atau pengambilan sesuatu ubat.
Jenis Anemia yang biasa berlaku ialah :
  • Anemia disebabkan kekurangan zat besi.
  • Talasemia
  • Tanda-tanda dan gejala
  • Ramai remaja menghidapi Anaemia dan tidak mengetahui sebabnya
Gejala-gejala termasuk:
  • Keletihan setiap masa.
  • Pening
  • Sesak nafas apabila melakukan atktiviti fizikal
  • Kulit pucat
  • Kadar denyutan jantung yang cepat
  • Kurang daya ingatan
  • Kurang berat badan

Komplikasi
Jika Anaemia sangat teruk ia akan menyebabkan :
  • Kegagalan jantung dimana fungsi jantung menjadi lemah dan tidak mencukupi.
  • Masalah semasa mengandung seperti melahirkan anak pramatang dan pertumbuhan janin yang terencat semasa berada didalam kandungan.

Rawatan
Pemeriksaan haemoglobin untuk menentukan samada anda menghidapi anaemia atau tidak boleh dilakukan di klinik berhampiran dengan anda.

Rawatan Anaemia bergantung kepada jenis Anaemia yang dihadapi.
  • Jika ia disebabkan oleh masalah perubatan seperti Talasemia, Leukaemia, rawatan khusus perlu dilakukan.
  • Jika ia disebabkan oleh kekurangan zat besi, maka ia perlu mengambil makanan seimbang yang mengandungi zat besi yang tinggi dan juga pil tambahan zat besi. 

Tips lain: Untuk merawat kekurangan zat besi :
Dinasihatkan mengambil pil tambahan zat besi bersama dengan vitamin C untuk membantu penyerapan zat besi.
Penyebab utama seperti infeksi cacing dan keradangan pada usus perlu dirawat.

Pencegahan
Makan makanan seimbang setiap hari. 

So sekarang pon aku still makan pil folic and vitamin-vitamin yang my doc supply kan..but now , tetiba je getting worse... T.T 



No comments:

Post a Comment